Search This Blog

Showing posts with label REHAN MAKHTAR. Show all posts
Showing posts with label REHAN MAKHTAR. Show all posts

LURUH - REHAN MAKHTAR




LURUH - REHAN MAKHTAR

HARGA : RM35

POSTAGE RM8 SM/RM13 SS



http://www.wasap.my/+60136342359
 "LURUH"

*

WALAU hilang segalanya… Daneen cuba kutip sisa kekuatan demi seranting harapan.  Tapi, bila mama dan kakak pergi menghadap Ilahi, ayah pula menafi kehadirannya… Daneen sedar yang ranting harapan itu terlalu halus untuk dia berpaut.  

Patah.  Terhempas.  Lebur.  

Kerana itu dia cuba melawan kezaliman dengan cara yang tidak bermoral sebagai senjata terakhir.  

“Kau tekad nak teruskan bisnes ni?  Yang rugi nanti… kau.  Kau akan hilang segalanya…”-MALIKI

“Benda paling bagus bila tak punya apa-apa ni, saya tak perlu risau lagi tentang kehilangan…”  - DANEEN

Daneen kalah.  Maliki berjaya memasung kedua kaki dan tangannya.   Membenarkan Maliki menakluknya adalah sesuatu yang tidak pernah dia rela tapi jika ini muslihat terakhir permainan, Daneen terima.  Dia perlu menang satu hari nanti.   Maliki nekad melindungi dan menyayangi.  Tapi, Daneen pergi tanpa dapat dikesan.  Maliki penasaran.  Dia kecewa kerana Daneen tidak beri waktu untuk dia tunaikan segala janji.    

Tujuh tahun Daneen berjuang demi keadilan.  Tujuh tahun Maliki bertahan kerana rindu dan setia.  Mereka teguh demi janji masing-masing yang tak pernah tertunaikan.  Namun, sekali lagi Daneen dikhianati oleh mereka yang dia percaya di saat Maliki muncul di depan mata.  

“Jauhi aku!  Atau kau akan musnah!”  - DANEEN

“Daneen dah musnahkan abang sejak tujuh tahun lalu...”  - MALIKI

Indahnya luahan cinta Maliki tidak pernah dapat menimbulkan rasa pada hati yang telah lama karam dalam darah yang masih mengalir.  Cukuplah Dareeyan; yang Tuhan hantar di saat dia berputus asa.  Bila ayah ada, kepingan bahagianya akan lengkap.      

Yang dingin bertambah dingin.  Yang keruh terus keruh.  Biar sekuat mana Daneen menolak, segagah itu juga Maliki bertahan.  Luka Daneen sukar diubati dengan pujukan.  Hatinya diasuh menjadi kejam sehingga mampu tertawakan kematian.  Kegilaan ini perlu dihentikan.  Tapi, sukar.  

Perlukah Maliki korbankan segala usaha dan janji?  Membiarkan semuanya gugur bagai daun kering yang #LURUH?

*Credit : FB Rehan.makhtar


THE REASON - REHAN MAKHTAR


THE REASON - REHAN MAKHTAR

HARGA BUKU : RM 25.00

http://www.wasap.my/+60136342359

Dia… Adalah wanita yang menyayangi diri sendiri biarpun satu dunia tak mahu menghargai. Namun, saat dia mula mencintai; Ammara robek hati sendiri dengan begitu kejam. Dia tertipu dengan cinta fananya. Air mata jatuh tak terseka tetapi lelaki itu pergi begitu saja tanpa menoleh buat kali kedua. Lelah dia mencari sebab tapi akhirnya, dia pujuk hati untuk terima.
“I tak paksa dan I takkan rosakkan masa depan you. But I need at least an answer. Boleh tak you bagi jawapan?” - Ammara
“No!” - Eqram
Sepatah jawapan Eqram telah membunuh jiwanya. Ammara tunduk menyesali salah sendiri. Kerana itu dia bangkit bila hadir seorang puteri bernama Nur Amaris menemani perjalanan begitu sukar bahana beban kesan dosa silam. Namun, setelah lima tahun... Pintu yang selama ini tertutup… Terkuak. Adakah ini juga sebahagian hukuman untuknya?
“Then, patut ke I remind you balik? Perlu ke I bagi tahu you parut pada tubuh you, yang you sendiri mungkin tak tahu…” - Eqram
“Berapa kali nak cakap, bukan saya. Dan tolong tutup mulut awak tu. Jangan cakap kotor dengan saya, Mohd Eqram!” - Ammara
Lelah dia berlari. Puas dia elak. Tapi, takdir terus menguji.
“Saya memang suka awak sejak pertama kali, Ara. Saya sudi jaga awak dan Amaris.” - Eqwan
“Saya tahu awak baik, Eqwan. Tapi, segalanya tak mudah untuk saya…” - Ammara.
Ammara akhirnya menerima pinangan Eqwan kerana dia yakin, dia juga berhak bahagia. Biarpun Ammara tahu, Eqram tidak mahu dia menjadi isteri kepada abang lelaki itu.
“You said no… To me. I betul-betul perlukan you dulu, Eqram. Setidak-tidaknya, you bagi satu sebab kenapa you buat I macam tu…” - Ammara
“I don’t have even a reason back then. I dah cakap dekat you yang I jahil. I yakin you pun sama dengan I. For me, you dig your own grave by choosing me. But now... I have that reason, Ammara. And the reason... Is you...” - Eqram
Pengakuan Eqram telah menghambat mimpi ngeri yang selama ini menghantui Ammara. Dia akan bahagia bersama Eqwan. Dia yakin. Seperti kata Afina… Bahagia itu akan datang tidak lambat dan tidak cepat, tapi pada masa yang tepat. Kerana dia pernah gagal merancang; kali ini, dia hanya serahkan segalanya pada Tuhan yang menentukan. Apa saja ketetapan, sepenuh hati dia akan terima. 

MAGHFIRAH - REHAN MAKHTAR



READY STOK

MAGHFIRAH - REHAN MAKHTAR

BUKU BERTANDATANGAN

ORIGINAL TANDATANGAN REHAN MAKHTAR


WHATSAPP : 0177342366

Maghfirah


HIDUP  ini adalah satu perjalanan.  Perjalanan yang boleh jadi lancar atau punyai halangan yang dipanggil ujian dan perjalanan hidup Ian berubah arah bila hati itu berlabuh pada pelabuhan yang tidak sepatutnya. 



Kerana itu, Ian buang segala yang dia ada demi bermula semula.  Dua tahun dia bermusafir menggalas beban dan bila dia singgah di depan seorang Maghfirah, dia tertanya… adakah ini destinasi terakhir?   Tapi, kenapa gadis jelita ini memencilkan diri daripada dunia?  



“Apa yang awak cari, Maghfirah?”  - Ian.



“Saya tak mencari.  Saya menanti.” –  Maghfirah



Pada Maghfirah, dia sentiasa bersyukur biarpun hidup miskin bersama ayah tersayang.  Salahnya berkeras kerana percayakan janji Nazri, biarpun pepatah mengatakan… orang tua makan garam lebih dulu.  Natijahnya dia tanggung hingga ke hari ini angkara fitnah.



Aneh.  Bila lelaki asing bernama Ian muncul di ambang pintu, yang tertutup itu dirasakan kembali terbuka.  Tapi, dia tiada daya untuk sekat langkah Ian.  Lelaki itu punyai wanita lain di dalam hati yang menjadi igauan saban malam.  Tapi, dia tetap akur dengan aturan takdir dan cuba menjadi kekuatan bagi segala kelemahan Ian kerana dia yakin, Ian sedang menjadi benteng dalam melindungi hati rapuhnya.  



“Saya tahu, lelaki macam awak tak perlukan saya untuk bermanja…”  - Maghfirah



“Siapa cakap saya tak perlukan awak?”  - Ian



Namun, bila wajah yang menjadi igauan Ian muncul membawa rahsia tentang kisah lalu Ian yang telah meragut satu nyawa, Maghfirah tahu… setakat itu saja Ian menjadi benteng untuknya.  Biarlah dia pula yang jadi pertahanan demi lelaki yang amat dia cinta. 



“Jari saya mesti kasar, kan?  Mesti tak sehalus jari dia.  Tapi, jari ini yang akan seka airmata awak sampai bila-bila…” - Maghfirah



“Maafkan abang sebab lukakan hati Firah biarpun abang tak sengaja, sayang…” - Ian



Ini kisah tentang satu perjalanan mencari sebuah keampunan demi secebis ketenangan.  Maghfirah dan Ian sama-sama dihunus mata pedang.  Mereka luka bersama.  Dan, mereka saling menjadi penawarnya.  

TAKDIR UNTUK AKU - REHAN MAKHTAR


PBAKL ..... PBAKL.....PBAKL



  HANYA TERDAPAT DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR  

JADILAH ORANG YANG PERTAMA MEMILIKI NYA !


TAKDIR UNTUK AKU - REHAN MAKHTAR

HARGA BUKU : RM26.00

WHATSAPP : 0177342366

"Yang ikuti saya sejak 5 tahun lalu, tahulah ni cerita ni. Kisah mereka bermula dari koleksi mini novel saya tu. Membacanya akan menggamit rindu dengan watak2 yg dah berlalu. Moga membawa kebaikan." rehan BLURB UJIAN itu hadir dalam pelbagai rupa dan pada Ziyad, ianya hadir dalam bentuk manusia.Teratai Nur menggoncang seluruh tenangnya. Sikap buaya darat itu terhenti angkara egoyang terpenjara bila Teratai Nur menolak. Sangkanya, ini pertemuan pertama mereka biarpundia yakin, mereka ada sejarah bersama. “Sejauh mana kisah kita, Nur? Sampaikan Nur lari daripada saya? Sejauh mana sayapernah heret Nur dulu? Sampai ke bilik ke?” - Ahmad Ziyad “Tak… kita memang tak ada apa-apa. Saya tak pernah kenal awak dan awak juga sama…”- Teratai Nur Sepintar mana Teratai Nur menafi, kenyataan tak mudah dibohongi. Dialah orang itu. Yangpernah dimaki oleh lelaki segak berunifom putih dulu. “Aku benci kau dulu sebab kau sampah masyarakat tapi kenapa hari ini kau muncul jadiorang berbeza sedangkan kau adalah yang serupa?” - Ahmad Ziyad “Maaf kalau saya betulkan kata-kata awak, Encik Ziyad. Saya ni bekas. Bekas!” - TerataiNur Teratai Nur terus menafi tapi Ziyad tegas dengan perasaan sendiri. Mereka bersama.Bahagia. Tapi, bukan untuk selamanya bila kesilapan yang pernah Ziyad lakukan, mencelah.Antara permintaan ibu kandung, adik tiri dan suami… Teratai Nur kembali tercampak dilorong yang lebih gelap. Bukan kehendaknya. Tapi, bila kepercayaan seorang lelaki yangpernah berjanji untuk menjaganya sepenuh hati lebur, dia rasa dirinya dikhianati. “Siapalah yang nak terima orang macam Nur ni dengan ikhlas. Semua orang buatbersebab. Abang terima Nur kenapa pulak?” – Teratai Nur "Sebab aku sayang kau! Aku cintakan kau!” - Ahmad Ziyad Kerana perjalanan takdir itu bukan ada di hujung jari manusia, Teratai Nur bangkit walautangan lain yang menariknya untuk kembali berdiri. “Abang sudi jaga Atai…” - Taufiq “Saya serahkan hidup saya pada abang…” - Teratai Nur Dia mahu melangkah ke depan, di mana Taufiq menanti. Namun, bila dia toleh kebelakang… Ziyad sedang menahannya daripada pergi. Akhirnya, Teratai Nur akur… ini adalah takdir untuk dia.


DENGARLAH JERITAN HATIKU - REHAN MAKHTAR

KARYA MENARIK TERBARU DARI PENULIS REHAN MAKHTAR

CETAKAN TERHAD

TIADA DI JUAL DI KEDAI BUKU 

DENGARLAH JERITAN HATIKU - REHAN MAKHTAR

CETAKAN TERHAD

TIADA DIJUAL DI KEDAI BUKU

HARGA TAWARAN TIDAK SAMA DGN HARGA BUKU .. HARAP MAKLUM

Sinopsis blurb :
YUGASRI kembali ke tanah air atas desakan Datuk Yohana setelah lapan belas tahun hidup sendiri di negara orang. Sukar, namun kerana percaya pada abangnya, Amri… dia gagahkan diri. Niatnya hanya satu - mahu menjadi yang adil. Tapi, niat itu terbelah dua bila bahunya melanggar seorang gadis.
Jatuh cinta pada Ashita, bukan kehendaknya kerana sedar, dia tiada apa. Tapi, mana mungkin dia nafi bila suara gadis itu tak ubah seperti muzik merdu dalam dunia dia yang terlalu sepi.
“Saya bawa bekal nasi goreng. Tapi, pagi tadi punyalah…” - Ashita
“Kalau awak layan saya macam ni, macam mana awak nak saya anggap awak sebagai kawan biasa aje, Ash?” - Yugasri
Hati Ashita mendengar jeritan hati Yugasri kerana dia tahu, lelaki itu juga mencintainya biarpun keputusannya telah buat Amri kecewa.
Ashita dan Yuga bercinta. Bahagia. Biarlah Yuga tiada apa dan serba kurang, dia tetap mahu bersama lelaki ini sampai syurga. Tapi, ujian memintas di depan mata. Tersenyum mesra.
“Ash, jangan buat saya macam ni…” - Yugasri
“Atau perlu saya buat tuan macam tuan buat dekat saya?” - Ashita
HATI Ash, hati yang pemurah. Di saat dia sudi memaafkan, sekali lagi mereka sama-sama tercampak dalam kesakitan bila dendam lama bangkit menuntut pembelaan.
“Kalau abang maafkan mereka berdua, Ash boleh terima abang?” – Amri
“Ash dah terima Abang Am…” - Ashita
Ujian telah meletakkan Ashita dan Yuga dalam keadaan yang perlu untuk mereka memilih antara sayang ibu dan abang serta cinta mereka. Dan, Yuga tekad memilih kasih ibu dan abang. Menolak cinta Ashita jauh.
“Kita ni memang dah berpisah, kan?” – Yugasri
“Dengan cara baik yang pastinya. Tiada dendam dan rasa tak puas hati.” - Ashita
Ini kisah cinta. Cinta anak pada ibunya. Cinta adik pada abang dan cinta kekasih pada kekasihnya. Cinta yang mengorek kembali memori lalu yang menyakitkan. Cinta pada sesama manusia yang tidak dikira lebih atau kurangnya dia.
Hati Yugasri menjerit kuat namun, mampukah jiwa Ashita mendengarnya?

#HURT - REHAN MAKHTAR

#HURT - REHAN MAKHTAR
HARGA BUKU : RM25 (SEM)/RM28(SS)
HARGA PROMOSI TERMASUK POS : RM27 (SEM)/RM30(SS)
BUKU : BARU

TIGA tahun. Bukan waktu yang singkat untuk dilalui namun harapannya tetap ada, agar di balik tembok tinggi ini ada cahaya yang bergemerlapan buat dirinya. Tapi, sekali lagi ujian menyapa. Bersua dengan Raqib, buatkan Aatiq menaruh harapan indah tanpa dia tahu, lelaki itu hadir untuk terus buat dia rasa berdosa.

“Baru berapa kali jumpa Encik Raqib, saya mengaku memang saya tak terhadap. Say...a tak tahu apa salah saya.” - Aatiq
“Sampai aku mati, akan sentiasa ada lain kali antara kita. Dan, kalau kau nak tahu apa salah kau pada aku, kau pandang mata aku.” - Raqib

Tangan Aatiq berlumuran darah. Berkali-kali dibilas, kesan itu tak mahu hilang. Sedaya-upaya dia menutup kebenaran, kenapa hatinya kian terluka?
Tiga tahun Raqib menanti bersama rasa benci kerana pada dia, Aatiq adalah pesalah pada dia dan keluarganya. Tapi, kenapa kini perasaan lain yang muncul? Raqib lelah bersaing dengan cinta pertama Aatiq yang muncul tanpa disangka.

“Kedai kau, tapi kenapa aku kena bayar gaji kau?” - Aatiq
“Sebab, kau nanti jadi Mrs. Shafiq.” - Shafiq

Kata abah, Raqib sepatut ada dengan Aatiqnya. Tapi, kesakitan Raqib dan Aatiq kali ini bukan lagi sakit yang biasa bila Raqib tak mampu menahan Aatiqnya pergi.

“Maafkan saya kerana melukakan awak, Aatiq…” – Raqib
“Dan, saya pun terluka sebab dah buat awak terluka…” – Aatiq
“Fiq, aku serahkan dia untuk kau jaga, untuk kau cinta dan sayangi dia bila aku tak berdaya dan tak layak pun untuk sayangi dia…” - Raqib

Kerana hati yang #LUKA, Raqib ke kiri dan Aatiq ke kanan. Di mana titik pertemuan mereka, hanya takdir menentukan

BAHASA HATI KITA - REHAN MAKHTAR

BAHASA HATI KITA - REHAN MAKHTAR
HARGA BUKU : RM26.00
BUKU : BARU

Satu ketentuan bila Qalam Azad a.k.a Que yang sinis dipertemukan dengan Dian Jehanna Puteri a.k.a Jed yang bengis. Bukan sekali dua, malah berkali-kali. Biar dielak, biar ditolak, tetap juga terjadi. “Kalau kau rasa aku nak layan kau macam puteri kat sini, silaplah. Boleh cari orang lain.” - Que. “Aku tak susahkan orang lain. Aku susahkan diri sendiri. Kau apa kisah?” – Jed Jed yang tersasar. Jed yang memberontak kerana marahkan orang tua. Hadirnya seorang Que dalam dunia kelamnya, membuka mata hati, menampakkan sinar cahaya. Dia harus berubah menjadi seorang bidadari besi untuk melayakkan diri sebagai isteri di sisi lelaki sehebat Que. Tapi..rasa seperti dia tak mampu. “Kau memang benci aku, kan?” tanya Jed pada Que. “Aku tak cakap aku benci...” “Tapi, kau tak suka aku,” cantas Jed. “Pun aku tak cakap aku tak suka...” Que renung Jed dua saat. “Kalau tak suka, aku tak luang masa dengan kau, aku tak dukung kau, bawak pergi hospital, siap tunggu lagi. Tak jadi orang bodoh kejar kau sampai ke Sungai Tua sana, bawak kau makan, bungkuskan nasi, nasihatkan kau...” Hati mereka mula berbicara. Bahasa sunyi itu hanya mereka saja yang mengerti. Bagi Que, tugasnya mendidik Jed menjadi seorang puteri akan berakhir bila wanita itu menjadi isteri. Tapi... ianya tidak semudah yang diinginkan. “Jauh lagi aku kena jalan untuk sampai tahap tu...” - Jed “Aku boleh temankan hingga sampai ke destinasi...” - Que. Mampukah seorang Qalam Azad membentuk Dian Jehanna Puteri menjadi sri kandi besi yang sentiasa teguh berdiri di sisi suami? Bahasa hati mereka ada jawapannya.


ENCIK SEDERHANA - REHAN MAKHTAR

YANG DIA MAHU 
ENCIK SEDERHAHA - REHAN MAKHTAR
TERCIPTA UNTUK DIA - EMY ROBERTO

LIMITED EDITION
TIADA DIJUAL DI KEDAI
YANG BETUL2 BERMINAT SILA WHATSAPP


*ENCIK SEDERHANA – Rehan Makhtar

Untuk menjadi isteri Fateh, Yuyu perlu penuhi tiga syarat :

1) Bertunang tak lebih 3 bulan

2) Hanya majlis kesyukuran saja
3) Tak boleh make-up


Yuyu melopong habis. Tapi, dia tak mahu kalah. Dia juga punya syarat :

1) Bertunang hanya 2 minggu

2) Tak boleh tidur bersama selama mana dia tak sedia.
Dan, Fateh jatuh rahang dengan syarat kedua bakal isterinya. Tapi, dia hanya senyum menerima kerana syarat dia itu adalah untuk syariat. Dia juga yakin, Yuyu akan mengerti. Biar bersederhana kerana dunia namun berlebih demi akhirat.


=======================================

*TERCIPTA UNTUK DIA – Emy Roberto

**********************************************

Didi dan Dian. Dua sahabat yang punya sejarah cinta berbeza.
Salah siapa jika cinta sudah beralih arah? – Didi vs Aladin
Nak ikut kata hati atau ikut apa saja yang papa mahu? – Dian vs Ameer


Masing-masing perlu memilih. Dan antara mereka akan ada yang harus menelan kecewa. Kata Didi, we can only choose one. Not even one and a half. Kata Dian, Andai ada jodoh, adalah. Andai tak ada, lupakan saja.


DIA CINTA YANG KUCARI - REHAN MAKHTAR


DIA CINTA YANG KUCARI 
HARGA : RM24.00 SEM
RM27.00 S/S
BUKU : BARU

Satu hubungan lama telah menemukan LUTHFIYA dan FAREED AL-FATTAH. Pada LUTH, PAYED ialah lelaki yang perlu dijauhi. Sedangkan pada PAYED, LUTHFIYA hanyalah satu tabiat buruknya yang suka pada kecantikan dan kesempurnaan tanpa dia sedar apa erti sempurna yang sebenar-benarnya.



PAYED dalam penafian. LUTHFIYA sebenarnya bagaikan magnet yang kuat menarik dirinya untuk didekati malah untuk memiliki gadis itu. Namun, atas dasar apa, dia seringkali berperang dengan kejahatan dalam diri?

“Awak pada saya seperti air laut. Semakin saya teguk, semakin saya kehausan...” -FAREED AL-FATTAH

Menyedari kekurangan padanya, LUTHFIYA seringkali memencilkan diri apatah lagi kakaknya, Luthfina juga membenci. Dia sedar, PAYED tak begitu jahat untuk terus dijatuhkan hukuman. PAYED hanya tersesat dan dia sudi menjadi penanda arah untuk membantu PAYED melangkah.

“Boleh jadi awak tersesat dalam gelap dan kalau kata saya nak kongsi cahaya tu, awak nak tak, ikut cahaya tu untuk keluar dari gelap?” - LUTHFIYA

Saat LUTHFIYA menghulurkan tangan, PAYED menyambut dan menggenggamnya erat. “Saya tak nak lepas dah tangan awak kali ni...” - FAREED AL-FATTAH

Namun, perancangan orang tua merubah segalanya apabila gadis itu mahu dijodohkan dengan FADLEE AL-FALLAH, adiknya sendiri. PAYED memberontak dan LUTH reda menerima.

“Aku nak yang macam Luth. Fiya, Lee. Luthfiya. Bukan Fina.”- FAREED AL-FATTAH

Dugaan yang menimpa membuatkan PAYED sedar. Dia haus tanpa cinta dan kasih Tuhan. Ketenangan LUTHFIYA, kelembutan dan kemanisan nasihat gadis itu mengoyak egonya. Dia perlukan LUTHFIYA untuk temui cinta yang selama ini dia cari apatah lagi gadis itu telah berjanji.

Mampukah dia temui cinta sejati biarpun dia tahu cinta yang satu itu adalah sesuatu yang sukar untuk dia dakapi?
 

TIBA-TIBA DIA ADA - REHAN MAKHTAR

TIBA-TIBA DIA ADA - REHAN MAKHTAR
HARGA : RM25.00 (SEMENANJUNG) /: RM28.00 (SABAH SERAWAK)
HARGA TERMASUK POS: RM27.00 (SEMENANJUNG) /: RM230.00 (SABAH SERAWAK)
BUKU : BARU

RATING : 4.47* GOODREADS

Perjalanan hidup tak seperti yang direncana. Ada masa perkara tak diduga mencelah. Ohmai... Pening. Ini kehendak mama dan papa yang kononnya bukan paksaan tapi harapan. 
Aryana rela untuk menjadi milik Zakhri Adha yang lebih muda daripadanya. Tiba-tiba dia dipinang, ditunangkan, dinikahkan lalu tiba-tiba suami segera ada di sisi. 

“Bukan apa. Kot-kotlah Arya rasa kita ni tipikal kahwin paksa. Lagipun mesti Arya terkejut lagi. Yalah, tiba-tiba aje saya ada, kan?” – Ayie

“Kita bukan kahwin paksa pun. Tak mainlah tipikal kahwin paksa, okey. You’re my husband. 

Islam ajar, di mana tempatnya seorang isteri kalau tak di sisi suami?” - Arya

Aryana mencuba sedaya upaya menjadi isteri Ayie yang matang, tak padan dengan usianya. Ayie yang selalu mengusik, menyakat dan menzahirkan sayang dengan cara yang tersendiri. 

“Such a sweet talker...” - Arya

“Told ya... I was born with it...” – Ayie 

Tapi, tipu kalau dia tak rasa curiga. Ada ‘bau-bau hanyir’ dengan pernikahan tiba-tiba ini. Puncanya ada di bumi Berlin sana. Lalu mereka terbang ke Deutschland mencari jawapan 
tentang segalanya. Hinggalah dugaan hebat menyapa, tanpa sapaan dan salam. Menguji kesabaran Aryana sebagai isteri dan kematangan Zakhri Adha sebagai suami.

“So, Ayie cam tak siapa depan Ayie ni?” - Arya

“Yes, ini Aryana. Isteri Ayie. Haruman yang sama, gaya lenggang yang sama dan debar hati Ayie ni sama bila dia ni ada dekat...” - Ayie

Mereka tahu keindahan cinta berpaksikan ijab dan kabul ini tak akan terlepas daripada dicemari fitnah dunia. Dan mereka juga tahu dugaan itu bukan untuk dielak tapi ditewaskan. 
Adakah mereka berjaya menghadapinya?

SUAMI TAK KUHADAP-REHAN MAKHTAR



SUAMI TAK KUHADAP-REHAN MAKHTAR
Semenanjung : RM28.00
Sabah/Sarawak : RM31.00
BUKU : BARU


JIWANYA mati.  Hatinya ranap.  Hidupnya hanya punyai satu tujuan iaitu memusnahkan segala apa yang pernah memusnahkan hidupnya.  Nur Syaima memujuk tangisnya sendiri bila dia tersisih daripada perhatian dan tanggungjawab seorang ayah.  Pemergian ibu tercinta membuatkan air matanya kering dan tidak menitis lagi.  Dalam hatinya, hanya ada kebencian kepada ayah, Mak Cik Jalina dan juga Syed Ahmad Budriz apatah lagi setelah lelaki itu menghalau Faez daripada dirinya yang sepi. 
“Aku akan jadikan hidup kau lagi teruk dari neraka, Budriz!  Aku akan pastikan kau kesal dilahirkan ke dunia ini.  Aku akan buat bonda kau tersungkur melihat kecundangan kau di kaki aku!”  - Nur Syaima
Syed Ahmad Budriz akur bila menerima kebencian daripada Nur Syaima, adik tirinya.  Cinta yang terdetik di hatinya sejak pertama kali dulu ternyata tidak sirna begitu saja malah dia sudah terlalu mencintai adik tiri sendiri.  Namun, kerasnya hati Nur Syaima tak mampu dibendung hinggakan dia nekad menikahi adik tirinya setelah dia memerangkap Syaima. Dan dia tahu, nendanya yang menjaga darah keturunan pasti membantah.  Tapi, hati lelakinya berkata ya, lalu dia sanggup menjadi suami yang tak pernah dihadap bagi menghidupkan kembali jiwa isterinya yang mati. 
“Abang minta maaf.  Tapi, yakinlah dengan abang.  Takdir kita bukan kita yang tentukan.  Kita hanya perlu menerima.  Sayang bantu abang.  Bantu abang raih kasih sayang isteri abang sendiri…” – Syed Ahmad Budriz
Ada darah yang perlu dijaga. Ada hati yang perlu bernafas dengan cinta. Ada jiwa yang perlu dihidupkan dan ada dendam yang perlu dipadamkan. Adakah selamanya Budriz menjadi suami yang tak dihadap? Mampukah sebuah kehilangan membawa satu kebahagiaan?

BILA NAIK SAKSI - REHAN MAKHTAR


BILA NAIK SAKSI - REHAN MAKHTAR
HARGA : RM23.00
BUKU : BARU


YUSUFF, seorang lelaki yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya sebaik saja abah dan mama memberikan kebebasan kepada dirinya.
Pertemuan pertama dan seterusnya itu sangat menyakitkan hati Jelita. Tanpa dia sedar, sebenarnya semua pertemuan itu sudah dirancang dengan rapi.
“Jatuh awak boleh diangkat.  Jatuh hati, siapa nak bertanggungjawab?” - Usop
 “Ikut hatilah nak jatuh kat mana pun, janji jangan jatuh dekat awak sudah!” - Jelita
 Tapi, kalau benci dan tak suka, kenapa mesti ada rasa yang tak mampu diungkapkannya? Adakah ini cinta? Jika cinta, apa tandanya? Sesungguhnya, Jelita memang tidak tahu apa-apa tentang makna cinta. Dia cuma tahu bahawa cinta dan rindu itu selalu menyakitkan pada insan yang mengalaminya.
“Sampai bila kita nak rahsiakan pernikahan kita daripada keluarga awak, Lit? Bila nak saksi awak nak menyerah?” –Yusuff
“Saya tak tahu pun yang saya dah kahwin.” – Jelita
 Kehadirannya dengan gelaran seorang suami menyebabkan Jelita sukar hendak menerima kehadiran lelaki yang sangat asing buat dirinya. Tapi kerana desakan semua, akhirnya dia terpaksa menyelidik sendiri. Bagaimana pernikahan ini boleh terjadi tanpa pengetahuannya? Siapa dalangnya? Abah, mama, Abang Jeff atau Kak Shima?
 Jika dia sah menjadi suaminya, maka dia nekad untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Tapi dek fitnah dan rasa cemburu membuatkan Jelita selalu mencurigai kejujuran suaminya sendiri.
“Lit cinta abang… Lit sayang abang… Terima kasih sudi layan kerenah Lit selama ni.  Dari dulu sampai sekarang.” –Jelita
Adakah perkahwinan luar biasa di antara Jelita dan Yusuff akan menemui kebahagiaan seperti pasangan yang lain? Setelah segala diserahkan dengan sepenuh hati, mereka sangat berharap jodoh ini kekal menjadi milik mereka.

REHAN MAKHTAR - TERLERAI KASIH


REHAN MAKHTAR - TERLERAI KASIH
HARGA BUKU : RM28.00
BUKU : BARU

ILHAM FITRI… Sekaliku menyatakan cinta, usahlah kau meraguinya lagi. Sekaliku janji padamu, cukuplah untuk selamanya. Namun, semakin meniti masa, cintamu kian ragu di mana luhurnya. Hinggakan kudus cinta itu sirna begitu saja. Takku tahu setulus mana kasih, tidakku pasti setelus mana cinta. Sanggupku tentang satu dunia demi cintamu dan apalah kiranya andai kau sendiri yang menentang. Andai jodoh itu bukan milik kita, aku akan berlalu dari hidupmu dan biarkanlah kasih yang terlerai itu tidak bercantum lagi. Sesungguhnya, andai Dia mengizinkanku, aku ingin menyintaimu selagi ada nafas di sebalik jasadku yang sudah hampir rebah. – Nur Wafiah.

“Fiah takut ada pulak yang terjatuh cinta dekat Am. Menangis lagu dangdut la Fiah nanti,” gurauku agar dia tidak rasa bersalah.- Wafiah

“Ala… biarlah dia orang nak terjatuh cinta ke, terjatuh tangga ke, Am peduli apa! Bukan Am yang terjatuh pun. Am terjatuh pada Nur Wafiah aje.” – Ilham Fitri

NUR WAFIAH… Kau cinta pandang pertamaku. Namun, makin meniti ketika, ukhuwah yang berlandaskan cinta itu seakan-akan palsu pula. Adakah kau yang berdusta atau akukah yang terlalu curiga? Andai kasih yang singgah hanya sebagai peneman resah, maafkanlah aku kerana telah menyentuh hati dan tulus kasihmu. Sehinggakan kesan air mata itu tak dapat kering lagi walaupun kisah pedih itu kian berlalu pergi. –Ilham Fitri

“Akaun dengan cinta, sama ke?” tanyaku dengan kening yang sedikit terjongket.

- Wafiah

“Eh, mestilah. Sebab cinta ni adalah hasil tambah Ilham dan Wafiah!” ucapnya ceria. - Ilham Fitri

Benarkah cinta perlukan masa untuk mendalaminya? Adakah jangka waktu mengenali itu penting dalam hubungan mereka? Bila Ilham Fitri mengatakan tidak perlu, Nur Wafiah mengakuinya. Tika kasih tercipta, Ilham Fitri membantah hakikat itu pula. Nur Wafiah pasrah demi maruah hingga kasih itu terlerai jua pada akhirnya. Hati yang retak bisa bercantum, terlerai kasih mereka mungkinkah akan bersambung?