Search This Blog

Showing posts with label NOOR SURAYA. Show all posts
Showing posts with label NOOR SURAYA. Show all posts

JAJA & DIN - NOOR SURAYA








JAJA & DIN -  NOOR SURAYA

RM38

POSTAGE RM8 SM/RM13 SS

* Serious buyer

http://www.wasap.my/+60136342359

JAJA & Din
❤ Cinta pandang pertamakah ini... ✽

Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dengan lelaki yang membuat
jantung anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan
Rusia, dan mata anda pula tak bisa berpaling daripada dia biarpun
sedetik, lalu apa tindakan anda?

A. katakan: lupakan sahaja itu hanya logamaya
B. rahsiakan perasaan anda dalam diari merah jambu
C. kenal pasti siapa dia, dan suruh ayah ibu meminang dia
D. segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar
Ⓐ Ⓑ  

Jaja telah memilih C ✔

cinta telah membuat aku tidak lut lagi dengan segala
‘peraturan hati’ yang selama ini aku junjung!



Implikasinya:

[✉¿∫∞Ωπ䮉¾]

Abah: " Alahai, anak abah ni, awat la sampai jadi lagu tu! "
Mama: " Mama nak sorok muka ni kat mana, Jaja? "

Inilah cerita Jaja yang meminang ustaz Sastera Arab lulusan
Universiti al-Azhar sebagai suami. Tegarkah Jaja seorang
media planner memilih hidup ala-ala ‘zuhud’ macam Din nanti?

♡ rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana
ke sini tanpa perlu berhenti di mana-mana ‘lampu isyarat’...


SEPERTI MENCINTAIMU...AIN - NOOR SURAYA

SEPERTI MENCINTAIMU...AIN - NOOR SURAYA


Kalau mencintaimu membawa hukuman mati, Ain, aku telah lama mati! – Adam.

Ain Najwa Mansor Aidil gadis piatu yang bekerja sebagai editor di Baki Publishing. Dia bukan sahaja tidak disenangi Haris Fadillah, malah dimusuhi terus-menerus oleh anak majikannya itu. Haris tidak menyukai gadis yang disayangi Pak Umar Baki itu. Sejak Nurlaila meninggalkan Haris, dia bagai tidak menyukai dan percaya pada mana-mana perempuan.Namun akhirnya dia terpaksa mengakui, kehadiran Ain telah mengubah perseptifnya tentang perempuan.

Kenapa ya perempuan sering sahaja dibebankan dengan rasa yang begini? Kenapa perempuan itu sentiasa rasa bersalah pada perkara yang bukan-bukan? Begitulah yang Ain rasa apabila dia tidak mahu memilih Haris yang lebih matang dan lebih memerlukan kehadirannya, berbanding dengan mengharap kehadiran Adam si buah hati rahsianya yang tidak pernah pasti.

Pohon sena cabangnya empat,
Mari ditebang waktu pagi;
Kalau kena dengan makrifat,
Burung terbang menyerah diri.

Lalu yang membuat Ain tetap menunggu Adam ialah dia percaya kalau sudah tertulis dalam makrifat jodohnya tidak ke mana. Tetapi benarkah yang ditunggu akan datang menyerah diri senang-senang begitu sahaja?

Hati dia sentiasa ingkar pada kehendak tuannya: pernah disuruh melupakan si dia... ia enggan, dipaksa agar membuang rasa itu ia tidak mahu. – Ain