Search This Blog

Showing posts with label CUTE CREATIF. Show all posts
Showing posts with label CUTE CREATIF. Show all posts

DIA LELAKI DURJANA - MUMLINZ



DIA LELAKI DURJANA - MUMLINZ
HARGA BUKU : RM34

POSTAGE : RM8 (SM)


DIA LELAKI DURJANA VERSI REPRINT.  Ada penambahan muka surat sedikit dari versi asal. Dan cover juga berubah🥰
-
DIA LELAKI DURJANA AKAN DIULANG CETAK DALAM JUMLAH YANG TERHAD.



#TEASER
"Aku nak apa? Kau tanya aku?" Soal Farish sinikal. Lantas badannya dibawa keluar dari kereta dan melangkah menghampiri Afrina yang berdiri tegak dari luar keretanya.

"Tengku jangan macam-macam eh.. Saya jerit nanti.."

"Hah! Jeritlah.. jerit!! Kau ingat aku heran?" Cantas Farish laju. Bibir mengoyak senyum sinis. Mulutnya didekatkan ke telinga Afrina.

"Kau masih berhutang sesuatu dengan aku. Hari ni aku nak tuntut hutang aku." Bisik Farish. Sempat telinga Afrina dikucup perlahan. Matanya merenung nakal batang tubuh Afrina yang berbaju kurung.

"Tengku.. Jangan Tengku.. Dosa.." Bergetar suara Afrina.

Takut. Sungguh dia takut bila berdepan dengan Tengku Izhan Farish. Sudah beberapa hari dia berjaya mengelakkan diri dari Farish. Tetapi hari ini nasib dia malang.

"Ada aku kisah?" Pantas lengan Afrina dicengkam kuat sehingga depan badan Afrina berlaga dengan badan tegapnya. Tubuh genit Afrina dicempung dan dibawa masuk ke dalam kereta.

"Tolonggg!!! Tolonggg.!!!" Dada bidang Farish ditumbuk bertalu-talu dengan penumbuk kecilnya.

Jeritan Afrina mengundang ketawa besar Farish. Tangan Afrina pula ditarik dan digenggam. Anak matanya merenung dalam ke anak mata Afrina yang sudah dibanjiri air mata.

"Jeritlah lagi.! Kenapa kau berhenti? Yang penting lepas ni hidup kau hanya ada aku. Biar kau tahu apa yang aku mampu buat." Farish bersuara dan menutup rapat pintu di sebelah penumpang sebelum badannya diboloskan ke tempat pemandu.

Afrina terus menangis dan menangis lagi.

*******************
Sinopsis:-

Tengku Izhan Farish, adalah satu nama yang gah. Setiap kali disebut nama itu membuatkan mana-mana perempuan akan datang menyerah diri kepadanya tanpa perlu dicari.

Dianugerahkan kesempurnaan dengan pakej rupa yang kacak, badan yang sasa dan berpoket tebal menjadikan Farish alpa dengan duniawi. Tetapi semua itu bersebab. Ada satu kisah hitam disebalik ke ‘durjanaan’ Tengku Izhan Farish.

Pertemuan tanpa sengaja dengan Afrina Zuhaira menimbulkan satu rasa di hatinya. Rasa ingin menakluki. Penolakan demi penolakan dari Afrina seakan mencabarnya.

"Aku tak kira, malam ni aku nak juga hak aku. Kalau confirm kau masih virgin, esok kita kahwin." – TENGKU IZHAN FARISH

Bagi Afrina Zuhaira pula, bertemu dengan Farish adalah detik malang dalam hidupnya. Andai boleh diputarkan masa, dia takkan jejakkan kaki ke tempat dimana dia berjumpa Farish.

Dirinya terjerat dengan permainan kotor yang dicipta Farish. Hidupnya tidak ubah seperti perempuan simpanan di dalam sangkar emas. Setiap kali disentuh tanpa rela, dalam hatinya sentiasa berharap yang Farish sudi menghalalkan hubungan mereka daripada terus diselubungi maksiat.

"Awak nak saya mampus? Awak nak bunuh saya? Bunuhlah. Bunuh! Saya lebih rela mati kena bunuh dengan awak dari awak jadikan saya tempat pemuas nafsu. Awak cakap saya ni jalang, habis tu awak apa?? Lelaki gila seks? Ke lelaki bernafsu binatang?" – AFRINA ZUHAIRA

Dalam setiap lorong gelap mesti ada penghujungnya yang cerah. Begitu juga cerita lelaki durjana seperti Farish. Lama bergelumang di dalam dunia yang penuh noda dan dosa, hidupnya dikurniakan satu cahaya yang bakal merubah seluruh hidupnya.


Gelaran lelaki durjana yang disandang Farish tidak akan terus kekal bersamanya. Apakah sebenarnya yang berlaku? Bagaimana Farish akan berhadapan dengan Afrina setelah apa yang dia lakukan? Mampukah Afrina memaafkan lelaki durjana seperti Farish?


KIRANA - ZAITON ABD RAHMAN

KIRANA - ZAITON ABD RAHMAN
HARGA BUKU : RM34

POSTAGE : RM8 (SM)/ RM13 (SS)

http://www.wasap.my/+60136342359

KIRANA-Zaiton Abd Rahman

“Nur Kirana binti Ramlan. Klasik betul nama awak. Apa maksud Kirana tu?” - Megat Ahmad Fadzley

“Arwah abah saya cakap, Kirana tu maksudnya sinar. Nur tu cahaya. Jadi, nama saya bermaksud cahaya yang bersinar-sinar.” -Kirana

“Oleh sebab nama awak bermaksud cahaya yang bersinar-sinar, jadi sila turun dari katil saya, pergi cuci tandas dengan jakuzi tu sampai bersih dan bersinar-sinar. Kalau tak memancar sinar pada lantai dan dinding marmar bilik air tu, siap awak saya cari nanti!” - Megat Ahmad Fadzley

Perkenalan dalam suasana tegang, gaduh, benci, sayang mewarnai hubungan mereka. Dari bahagian housekeeping, bertukar ke bahagian pengurusan. Bekerja dalam bidang perhotelan di Pulau Mahsuri banyak peristiwa pahit dan manis yang Kirana lalui. Perangai bos yang berangin satu badan, kena gangguan seksual oleh pelancong Jepun, kena serang dengan isteri dan bonda Engku Jeffrey, suami tak jadinya, malah kena ngurat dengan Megat Ahmad Radzley, adik bosnya pun Kirana kena hadapi.

Kerana ikutkan perasaan, Fadzley telah melakukan perkara yang tidak sepatutnya terhadap Kirana. Peristiwa yang menjadi punca pernikahan mereka. Bahagia yang dikecapi tidak lama kala Fadzley curang dan cintanya beralih arah setelah bertemu kembali dengan bekas kekasih lama.

“Gugurkan anak dalam perut kau tu!” Tegas Fadzley garang.

“Tidak! Ana tak mahu!”- Kirana

“Engkau dengar sini ek perempuan. Sebaik-baik sahaja anak engkau lahir, gugur talak satu terhadap engkau. Berambus engkau dari hidup aku! Aku tak perlukan isteri macam engkau.” - Megat Ahmad Fadzley

Taklik yang diberi membuat Kirana membawa hati yang lara dan bekerja di resort milik temannya di Pulau Sibu. Ingatkan hidupnya sudah tenang dan aman, muncul pula Engku Jeffrey dan Megat Ahmed Radzley menganggu ketenteraman hidupnya.

Kematian bapa mentuanya menyebabkan Kirana mengikut Megat Ahmad Radzley balik ke Kuala Lumpur. Terjumpa pula dengan suami yang bakal menjadi bekas suami dengan isterinya Karmila di rumah ibu mentuanya. Pegun Fadzley saat melihat Kirana yang sarat mengandung. Sesal tak sudah dia kerana telah membuat hati Kirana terluka.

Cinta dan kemaafan cuba Fadzley raih daripada Kirana. Berjayakah Fadzley dalam misinya supaya Kirana sudi menerima dia semula? Bagaimana dengan Karmila isterinya? Hendak dicampak ke mana? Radzley dan Engku Jeffrey turut masuk daun, mengocak perasaan Kirana. Pening Kirana dengan tingkah mereka bertiga.


Memaafkan memang mudah, tetapi untuk melupakan memang payah. Serik! Itu yang Kirana Rasa. Hidup adalah pilihan. Pilih senyum atau marah. Pilih kasih sayang atau membenci. Pilih memaafkan atau balas dendam. Tiga jejaka yang mencuba, siapa yang berjaya meraih cinta Kirana? Kepada Allah dia berserah.


DIA INEZ SOFEA - PUTERI AQISH


DIA INEZ SOFEA - PUTERI AQISH
HARGA BUKU : RM22.00
BUKU : BARU

UNTUK ORDER : WHATSAPP 0177342366


Inez Sofea seorang esekutif akaun yang suka sangat mengelamun dan kuat berangan.
Zayne seorang majikan yang cukup tegas, namun mempunyai sisi nakalnya yang tersendiri.
Usikannya pada Inez Sofea mengisyaratkan cinta yang sedang terpendam.
Dan danau Holding menjadi saksi sebuah cinta yang sukar diungkap, namun indah untuk dirasa.

"Tolong tanyakan untuk saya, kakak yang berdiri terpacak macam model kat meja awak tu. Buat apa berdiri kat situ? Tak ada kerja ke? Kalau tak ada suruh dia masuk dan temankan saya dalam office ni.” Zayne

"Kurang asam punya majikan!’ Inez Sofea


SWEET RANIA - AZIZAH AMI


SWEET RANIA - AZIZAH AMI
HARGA BUK : RM22.00
BUKU : BARU

UNTUK ORDER : WHATSAPP 0177342366

Apabila kejujuran itu menghuru-harakan... Patah bicaranya yang tulus mengundang pelbagai reaksi. Kadangkala boleh membuahkan tawa dan kadangkala akan membuatkan jiwa tersentap. Namun, kepolosan itulah yang membuatkan Zafrin jatuh hati. Bukan sahaja jatuh tapi siap tergolek-golek. Lurusnya Rania bukan sekadar tahap bendul lagi tapi dah macam pembaris besi. Hidup Zafrin sentiasa berwarna pink... Manis dengan gelagat wanita yang mencuri hatinya tanpa dipaksa. Dapatkah Rania yang polos, jujur dan penuh dengan rasa cinta itu menarik insan lain dalam lingkungan rasa kasih sayangnya? Dia Rania... Satu-satunya Sweet Rania!


EMERALD YANG TERPILIH - ERIMO

EMERALD YANG TERPILIH - ERIMO
HARGA BUKU : RM27.00
BUKU : BARU

UNTUK BELIAN : WHATSAPP 0177342366


Pertemuan Encik Boss dan si Mata Hijau bukan seperti pertemuan biasa. Ia disulami pelbagai soalan tidak puas hati, pergaduhan dan pertengkaran yang menjadikan hidup Emerald kacau bilau.

"Papa ni biar benar nak bagi aku aku kerja dengan budak tak cukup umur ni? Budak praktikal ke apa? Macam ni nak kerja. Dengan Hooksweater, jeans dan sneakers tu dah macam budak sekolah je.~ Bayu Muzaffar

Si mata sepet yang tenung orang macam nak tembus ni anak big boss ke? Habis cair segala lemak-lemak aku kena scan dengan mata laser sepet tu. Muka boleh tahan, tapi sombong melangit. Ingat sombong dia tu boleh bawa ke kubur ke. Walaupun aku comel, tapi kerja aku tip-top tau. Projek aku semua untung juta-juta lemon. Heh! ~Emerald Uzma

Ada sahaja yang tak kena dengan budak 'lelaki' comel itu. namun perangai Bayu yang macam 'Hitler' itu seringkali kalah dengan karenah keanak-anakan Emerald. Budak itu cukup gemar meninggalkan nota comel untuknya.

Bila Eme mula keluarkan suara manja, berbuih mulut Encik Boss berdoa biar ditetapkan hatinya. Namun kehadiran Eliza mengusutkan kepala Bayu.

"Hey 'jantan', aku tak suka kau ada hubungan dengan sesiapa yang ada hubungan dengan aku terutamanya lelaki bernama Bayu Muzaffar. Kalau aku tahu kau ada hati dengan dia, nahas kau!" ~Eliza

Emerald bukan minta lahir dengan mata hijau, Emerald bukan minta lahir tanpa akad. Dia hanyalah kesilapan yang bukan silapnya. jadi haruskah dia dihukum atas sesuatu yang bukan salahnya. Tapi dia harus menerima takdirnya kerana dialah EMERALD YANG TERPILIH.
*Kadang-kadang orang yang kita benci itulah orang yang paling faham kita.


TUAN DANIAL - AZIZAH AMI

TUAN DANIAL - AZIZAH AMI
HARGA BUKU : RM24.00
BUKU : BARU

UNTUK BELIAN : WHATSAPP 0177342366


Cinta yang cuba di atur oleh keluarga tengku Ismahanim dengan jejaka yang tidak dikenali Bernama danial telah mendorongnya menyamar sebagai pembantu rumah. Dan alangkah ‘sengalnya’ menjadi pembantu rumah yang serba tidak tahu membuat kerja rumah. Terjalinkah cinta mereka? Bagaimanakah Danial menangani seorang maid yang serba tidak tahu?
“ini semua awak punya pasal Isketambola, kalau awak susun stoking saya dalam satu lipatan macam kak Hasnah buat pasti saya tak pakai stoking warna berlainan hari ni. Nasib baik setiausaha saya nampak.” Danial mendapatkan Is yang sedang membancuh teh di dapur. Bertaut kening Is mendengarnya. "mak aih, salahkan orang pula. Masa Tuan Danial sarungkan tadi tak perasan ke?" "Nak perasan apanya kalau awak tu sibuk suruh saya beli kuaci bunga matahari awak tu. Benda kecik macam tu pun nak makan," Danial menghulurkan plastik berisi dua bungkus kuaci ke tangan Is. Dengan bibir yang tersenyum lebar Is menjawab ... "Eleh, marah-marah pun sayang juga Tuan Danial pada saya, ye?" Sepatah perkataan pun tak mampu dilontar keluar oleh Danial tatkala mendengar ayat berani mati Is itu. Dia terus menapak naik ke tingkat atas dengan senyuman manis.


I LOVE YOU ABANG SINGA - ZAITON ABD RAHMAN

I LOVE YOU ABANG SINGA - ZAITON ABD RAHMAN
HARGA BUKU : RM28.00
BUKU : BARU

UNTUK BELIAN : WHATSAPP 0177342366

“Buat apa pergi hotel bos? Bos nak apakan saya?”
“Ikut ajelah. Jangan banyak cakap!” dia jeling aku geram.
“Mana boleh main ikut aje bos. Nanti tah apa-apa tah bos buat pada saya. Baik bos hantar saya balik. Kalau tak, saya terjun dari kereta ni.” Pintu kereta aku pegang. Bersedia untuk membuka pintu kereta. 
“Apa yang awak merepek ni Aleesya! Nak bawa awak pergi makan pun kecoh sangat ni kenapa?” Ah, sudah... tinggi nada suara Tuan Emir.
“Cakaplah, bos nak bawa saya pergi makan. Tak adalah saya kalut sangat. Bos tak reti-reti ke nak beritahu saya awal-awal? Bukannya bos tak ada nombor telefon saya. Telefon ajelah, bukan susah sangat pun. Bos buat macam ni, sudah macam penyangak nak melarikan anak dara orang tahu tak!” 
“Apa awak panggil saya? Penyangak!” tinggi dan garang sahaja suara bos singa ni.
“Er… sorry bos... Saya tak sengaja. Takut punya pasal saya ter…”
“Baik awak diam. Jangan banyak cakap lagi. Nanti saya bawa awak lari betul-betul baru awak tahu. Kita nak pergi makan aje pun, bukannya nak pergi Siam!”



NELAYAN VS CEO - AIN FATISYA

NELAYAN VS CEO - AIN FATISYA
HARGA BUKU : RM32.00
BUKU : PRE-ORDER
PENGHANTARAN PADA HUJUNG BULAN JANUARI
Sinopsis Novel Nelayan vs Ceo…
Nurul Ain. Mahasiswi UUM yang terlibat dalam satu program anak angkat di satu perkampungan nelayan Dungun, Terengganu. Identiti dan latar belakangnya sengaja dirahsiakan dari pengetahuan keluarga angkat atas sebab-sebab tertentu. Pertemuan yang tidak dirancang dengan jejaka bernama Arman Zafril anak kepada bisnessman terkenal di Malaysia, Tan Sri Mokhtar akhirnya membawa kepada perubahan besar dalam hidupnya.
Tidak kurangnya pada diri Arman Zafril yang terpaksa menikahi Nurul Ain yang masih belum tamat pengajiannya di universiti. Nurul Ain langsung tidak mengetahui siapa sebenar jejaka ‘nelayan’ merangkap abang angkatnya sepanjang dia berada di rumah Pak Ngah Ibrahim dan Mak Ngah Senah. Sekelip mata lelaki itu bertukar ‘title’ menjadi suaminya pula. Amat sukar untuk dia menerima kenyataan yang dia bersuamikan seorang nelayan.
Namun, insiden demi insiden yang berlaku membuatkan Nurul Ain curiga dan tertanya-tanya siapa sebenar ‘suami’nya itu. Kepulangan Tengku Zarrin Mikhail, abang kepada Nurul Ain telah membongkar segalanya. Tidak disangka rupa-rupanya Tengku Zarrin dan Arman Zafril merupakan kawan rapat semasa mereka sama-sama menuntut di universiti dahulu. Nurul Ain terkejut. Arman Zafril bingung. Kedua-duanya rasa tertipu dan saling menyalahkan antara satu sama lain....